Saturday, January 13, 2007

malay entry 2

now now. bear with me people. sara and i have decided to blog in malay for the time being. for good ol' higher malay times' sake and also to promote malay language. *yes it's a cue for you to laugh you dumdum

sara! nak blog pakai aku ke saya? kalau aku use aku, it sounds very the rude tau. kalau aku use saya, cam very the budak you noe. okok. tak tanye soalan bodoh lagi. promise. hah.

(warning: do not read on if you think that i'm gonna do a bad job on this. thank you very nice.)









lagu asmara yang dinyanyikan oleh saloma suatu ketika dahulu telah menimbulkan satu kenyataan tentang soal cinta. aku petik sendiri daripada lirik lagu beliau yang sungguh bermakna itu, "Asmara...banyaklah pengaruhnya. Manusia hidup dalam bahayanya. Oh cinta, itu memang satu penggoda. Kita harus tahu menjaga...agar hidup mulia."

mungkin cinta telah menjadi sebati dalam kehidupan kita yang kita kadangkala leka dan cuai untuk berfikir terhadap risikonya. (but wad's love without risk lah kan? betul takkk?) namun begitu, ramai yang menjadi tuli, buta dan bisu bila berhadapan dengan cinta. jadi, memang betullah kalau hendak dikatakan bahawa cinta adalah satu penggoda? (eh...bab cintan-cintun ni akak susah sikit nak komen yer. takot salah ckp kang...kene kritik.) dan ramai juga yang tahu akan hakikatnya bahawa cinta adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa, lebih-lebih lagi secara mendadak. (kalau kene pakse, tolak secare baik. kalau dier tak dengar jugak, tolak jauh sikit. ehhh..kalau dier maseh degil, sekel la ape lagi? bukanlah nak kene label sebagai seorang b-i-t-c-h tapi wad to do...ckp baik-baik tak dgr pe. betul takkk?)

bercakap tentang cinta, baru-baru ini aku menonton filem "Cinta" yang memaparkan lima kisah cinta moden. walaupun setiap kisah itu berlainan jalan cerita, namun watak kelima-lima kisah itu ada hubung kaitnya antara satu sama lain secara kebetulan, keadaan ataupun lokasi. dengan cinta sebagai tema sejagat filem tersebut, ia membawa penonton ke dalam kehidupan lima pasangan yang mencari, berjumpa dan juga kehilangan cinta. dengan itu penonton dapat melihat dan merasakan lima aspek cinta yang berlainan. (wah, akak pon buat movie review la beb. tapi serious. criter ni gerek la geng.)