Wednesday, January 10, 2007

fug it

have you heard about the latest news being that mendaki (or sum sort of malay organisation) is encouraging malays to speak the malay language more? you know, something like the speak good english campaign. ok ok you get my drift. well see, the problem is... the speak good english campaign was too effective. not that it's bad or something. so, in lieu of the "speak-more-malay-campaign", the next part of the entry shall be in malay.




mungkin sudah ditakdirkan bahawa masyarakat melayu kita di singapura ini dibebani oleh masalah-masalah yang dipandang serong di kalangan kaum-kaum yang lain. sebilangan daripada apa yang disebut sebagai masalah-masalah ini menjadi tanda tanya bahawa adakah ia angkara buruk yang diletakkan pada diri kita sendiri ataupun ianya terletak pada "nasib malang" kita semata-mata?

masyarakat melayu, terutama sekali anak-anak remaja, banyak tanda keaibannya. ianya dibahagikan kepada 2 perkara utama - akademik dan pergaulan sosial.

dalam segi pelajaran, memang tidak boleh dinafikan bahawa prestasi anak melayu kita sedang meningkat. lihat sahaja di sekolah-sekolah kejiranan. anak melayu kitalah yang telah meraih gred tertinggi. (yelah. sekolah kejiranan dulu lah. orang putih kate slow and steady wins the race kan? at least ade jugak. betol tak?) baru-baru ini, akhbar melaporkan bahawa ramai anak melayu kita Alhamdulillah sampai juga ke menara gading. tapi, sayang sekali kerana ramai tidak sedar akan semua ini. (nak tau asal? sal ader yang dek sebok masok university, ader pulak yang sebok masok u-never-study. macam maner ni?? tak sedih ke?)

soal pergaulan sosial pula telah mendapat tumpuan media massa baru-baru ini. lagi-lagi dengan terbitan rancangan seperti SEKSa dan juga pelancaran kempen "Lebih SEKSi katakan tidak..." adakah ia menjadi tanda tanya mengapa langkah-langkah ini diambil oleh Yayasan Mendaki? kutu yang di seberang lautan tampak, tapi gajah di depan mata tak nampak? setiap perkara yang kita lakukan mestilah ada batasnya. sama juga dengan pergaulan antara satu sama lain. malah, akibatnya selalu tidak dititikberatkan oleh kita. perkara sebegini tidak boleh disalahkan sesiapa sekalipun. salahnya terletak pada diri kita sendiri. (orang putih kater, point the finger at yourselp.)




wah. akak punyer melayu pon boleh tahan cun melecun yer? =)